test

Get This Wan Hazel Home Get This.

Wednesday, October 3, 2012

Surat buat Mak Abah.


Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah berpenat lelah selama 3 tahun akhirnya akak Berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh segulung diploma. Akak mintak maaf jika keputusan pelajaran akak tak begitu memuaskan. Akak banyak sangat main-main dalam belajar. Semalam akak telefon mak sebab nak ucap selamat hari lahir (3 Oct). Mintak maaf sebab akak wish lambat, akak ingat nak buat test je sampai lupa hari lahir mak, terasa berdosa sangat.Abah suruh beli kek tapi mak kata takpe la, tapi akak memang dah niat nak belikan jubah untuk mak. Insyallah mak, akak akan usahakan juga. Mak kata abah jadi datang tengok akak convo, akak ingat abah tak dapat datang, sedihnya Allah je yang tahu. Apa yang buat akak lagi sedih, mak kata abah sakit pinggang, Ya Allah kesian abah sampai ke hari ini bekerja berpenat lelah nak sekolahkan aku.

Mak, abah akak memang takde apa-apa nak di hadiahkan buat mak dengan abah, Cuma akak mampu memberi kejayaan dalam pelajaran sebagai hadiah akak pada mak dan abah di dunia ini. Akak usaha apa yang termampu. Ilmu akak di dalam pelajaran ini cuma pinjaman sedikit ilmu Allah kepada hambanya sebagai panduan kehidupan dunia. Jika kita tak menggunakan nikmat dunia, bermakna kita orang yang kufur nikmat. 

Insyallah akak akan berusaha untuk memperolehi kejayaan dunia. Akak tahu, apa lah sangat kejayaan dunia jika dibandingkan akhirat. Akak tahu, akak banyak dosa pada Allah, pada mak dengan abah. Akak cuba sedaya upaya untuk memprbaiki diri yang serba hina ini. Mak abah tahu tak, along penah cakap, dalam ramai adik-adik, dia paling risau dengan akak sebab akak ni lain sikit. Ye, akak dulu keras hati. Walaupun begitu, Alhamdulillah akak yang paling cepat berubah.

Akak berubah sebab mak dengan abah, akak banyak dosa dengan mak abah. Akak nak jadi anak yang solehah. Mak penah cakap “dalam satu tandan pisang, tak semua akan masak sempurna kerana akan ada satu buah yang rosak”. Secara jujurnya, akak selalu anggap buah yang rosak itu adalah akak. Bila akak bandingkan diri akak dengan orang lain, terasa rendah sangat dan terasa diri ini kerdil sangat. Akak rasa malu dengan diri sendiri, malu dengan semua orang. Akak cuba baiki diri sedikit demi sedikit.  
 
Mak abah tahu, berubah kepada kebaikan tak mudah. Pertama kali akak memakai tudung labuh, kawan akak cakap “dia tu kenapa tiba-tiba pakai tudung labuh?, dia ada buat apa-apa ke?”. Sedih sangat mak, akak tak pernah cakap dengan sapa-sapa, dan bukan sekali tapi banyak kali akak terima komen-komen negatif. Hina ke kita sebab kita nak berubah ??. Akak kuat kerana, akak anggap itu semua ujian Allah untuk uji tahap kesabaran dan keimanan hambanya. 

Alhamdulillah Allah itu maha adil, walaupun ada orang yang pandang remeh pada perubahan kita, Dia tetap hadirkan mereka yang sangat memberi sokongan dan banyak mengajar akak tentang Islam. Insyallah, akak akan cuba sedaya upaya untuk menjadi muslimah yang sejati dan satu hari nanti yang akan memberi kejayaan akhirat kepada mak dengan abah kerana berjaya melahirkan seorang anak yang solehah. Akak tahu mak dengan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk anakmu ini :)

Sekian dari insan yang sedang mencari Islam...
Thanks For Reading My Entry :)

Thursday, September 13, 2012

Cinta dan Kasih

Assalamualaikum

Rasulullah pernah bersabda:

 

Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi
saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiriatau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri. 

 

Sedikit definisi tentang cinta dan kasih. Kasih di sini sama ertinya dengan cinta, cinta bukan bererti cinta pada kekasih saja. Cinta pada ibubapa, pada rakan-rakan, pada saudara kita iaitu saudara seagama kita dan cinta paling hakiki cinta pada Yang Esa dan cinta pada kekasihnya iaitu Rasulullah S.A.W. 

 

Mudahnya nak ungkap kata cinta, tapi ungkapan mulut masih belum membuktikan kita benar-benar faham erti cinta itu. Jom layan lagu ni, satu daripada lagu kegemaran saya. Harap kita sama-sama fahami erti setiap bait kata-kata dalam lirik lagu ni. Jom layan...  :D

 



Kerana Cinta

Album : Kerana Cinta
Munsyid : In-Team, Mestica


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta

tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

#semua kerana cinta

yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang 

begitulah cinta yang diidamkan 
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula

kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama#


cinta..ohh cinta..ohh cinta..ohh cinta..kerana cinta.....
ulang #


cinta yang sejati

hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya


cintakan saudara

masa berada
hanya sementara
 
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..

Thanks For Reading My Entry :)

Wednesday, August 29, 2012

Redho Adalah Jalan Terbaik


Ceritanya Hamba A baru membeli habattus sauda. Tahu tak apa itu habattus sauda ?

SABDA RASULULLAH (SAW) :

Dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)


Hamba A : 
Macam mana penggunaan untuk mata yang rabun ?. Boleh kan guna untuk mata rabun ?

Hamba B : 
Saya pun pernah terfikir tentang ini, iaitu nak menghilangkan rabun. Tapi bila difikirkan kembali, sebaiknya kita redho dan anggap Allah dah tarik nikmat melihat. Kerana apa ? anggap saja kerana kita tidak bersyukur dan tidak menggunakan nikmat melihat dengan sebaiknya hingga Allah tarik kembali nikmat ini.


Kadangkala kita manusia terlalu banyak mempersoalkan setiap nikmat kebaikan yang kita terima. Jangan hingga kita hilang setiap nikmat kebaikan Allah bagi baru kita rasa nak menyesal. 

Allah tarik nikmat juga tidak bermakna Allah tak sayang kita, mungkin sekadar untuk menguji sifat syukur kita, sifat redho kita menerima qada dan qadar sebagai seorang hamba kepada penciptanya.  


P/S : Kalau kita redho dengan semua ketentuan Allah, InsyaAllah lebih banyak nikmat yang kita terima :D

Thanks For Reading My Entry :)

Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan :)

Assalammualaikum..

Kepada semua pembaca yang memang sedia mengikuti perkembangan blog ieza atau dengan secara tak sengaja terbaca entry dalam blog ini, ieza cuma nak mengucapkan Salam Ramadhan. Walaupun agak terlambat sedikit dan semoga kita bersama-sama mengejar keberkatan dalam bulan Ramadhan ini. 



Thanks For Reading My Entry :)

Sunday, May 6, 2012

"Idea Kreatifku"


Assalammualaikum 
Mari join kontest dari HujanMenjerit, sponsored by N'craft.
Okey ini adalah contest dimana kita perlu memberi idea yang kreatif untuk memenangi clay kerana aku sangat berminat pada hasil tangan N'Craft (owner dia)..ahaks
Untuk maklumat lanjut sila klik banner di atas !!


Thanks For Reading My Entry :)

Wednesday, March 28, 2012

Contest : Cerita Seram


Ehem ehem..dah lama tak asah bekat bercerita nie :P
Kalau nak join kontest ni, sila klik banner di atas. Harap Maklong.....!!

Thanks For Reading My Entry :)

Saturday, March 17, 2012

"BCR Kontest 2# How I Met BCR".


Letakkan Header BCR di atas dan linkkan ke entri ni. (Kalau ada BCR dalam blog korang lagi bagus sebab pembaca korang akan faham apa yang korang tengah ceritakan).
Ceritakan sejarah korang, macamana korang boleh jumpa bcr. And ceritakan pengalaman paling best sepanjang korang bersama BCR. Kalau nak ceritakan pasal pengalaman korang bersama user lain pon boleh. Tak kisahlah dalam dunia maya atau realiti. Tapi maximum 2 user aje. Orait?

sila klik banner

Assalamualaikum..

Selain memberi sokongan kepada BCR, tujuan ieza menyertai contest ini juga untuk memperkenalkan BCR kepada semua pembaca. BCR atau blogger chatroom adalah satu website yang menjadi penghubung antara blogger-blogger. Kelebihannya ialah memudahkan lagi interaksi antara blogger, serta ianya banyak membantu para blogger yang baru menjinakkan diri dengan dunia blog. Selain pembaca semua boleh berkongsi ilmu dengan retis-retis yang turut memeriahkan diri di dalam BCR. Seperti yang akan pembaca lihat di bawah, system di dalam BCR terbahagi kepada tiga warna :

Merah :: Admin
Hijau :: Sponsor
Jingga :: Ahli Biasa


Thanks For Reading My Entry :)

Wednesday, March 7, 2012

Marah ?


Assalammualaikum..

Hari ini aku Cuma nak kongsi apa yang aku buat bila stress, terutamanya dengan kawan-kawan yang bergurau agak terlebih..haha


RasulAllah S.A.W pernah bersabda  ::
‘jika kita nak marah seseorang , carilah 72 sebab .
kemudian , kalau dah jumpa, cari lagi 72 sebab .
Kalau dah jumpa 144 sebab , barulah kita boleh marah ‘


Thanks For Reading My Entry :)

Thursday, March 1, 2012

Bagaimana aplikasikan bahan bacaan ??

'Assalamualaikum'

Hari ini saya cuma nak berkongsi pendapat, apa akan terjadi jika kita salah mengaplikasikan ilmu yang kita perolehi daripada buku atau sebarang bahan bacaan terutamanya bahan bacaan yang berunsurkan agama. 
Bukan kerana kita kurang ilmu agama tapi kadang-kala fahaman terhadap apa yang kita baca dan apa yang cuba disampaikan penulis itu berlainan. 
# Sebagai contoh ::
Ada seorang hamba Allah ni, dia seorang yang rajin mencari bahan bacaan terutama bersumberkan internet dan apabila ada seorang kawan dia membuka satu topik agama, dia seboleh-bolehnya nak mempertahankan kefahaman dia tentang topik tersebut dari bahan internet yang dibacanya tadi. 

Thanks For Reading My Entry :)

Saturday, February 11, 2012

Perubahan ??

Assalamualaikum

"MANUSIA BERUBAH"


Manusia berubah adalah ucapan yang acap kali kita dengari dan sememangnya manusia pasti akan berubah. Hanya yang tidak kita ketahui ialah ke arah mana perubahan yang kita lakukan. Samada ke arah positif atau negatif ???.

Thanks For Reading My Entry :)


Shoutbox