Ceritanya Hamba A baru membeli habattus sauda. Tahu tak
apa itu habattus sauda ?
SABDA RASULULLAH (SAW) :
Dari kitab Ash Shahihain "Gunakanlah
Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis
macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)
Hamba A :
Macam mana penggunaan untuk mata yang rabun ?. Boleh kan guna
untuk mata rabun ?
Hamba B :
Saya pun pernah terfikir tentang ini, iaitu nak
menghilangkan rabun. Tapi bila difikirkan kembali, sebaiknya kita redho dan
anggap Allah dah tarik nikmat melihat. Kerana apa ? anggap saja kerana kita
tidak bersyukur dan tidak menggunakan nikmat melihat dengan sebaiknya hingga
Allah tarik kembali nikmat ini.
Kadangkala kita manusia terlalu banyak mempersoalkan setiap
nikmat kebaikan yang kita terima. Jangan hingga kita hilang setiap nikmat
kebaikan Allah bagi baru kita rasa nak menyesal.
Allah tarik nikmat juga tidak bermakna Allah tak sayang kita,
mungkin sekadar untuk menguji sifat syukur kita, sifat redho kita menerima qada
dan qadar sebagai seorang hamba kepada penciptanya.
P/S : Kalau kita redho dengan semua ketentuan Allah, InsyaAllah lebih banyak nikmat yang kita terima :D