ASSALAMUALAIKUM
Alahamdulillah, insyallah jika tidak ada aral melintang pada minggu hadapan kita semua sebagai umat Islam akan menempuhi bulan Ramadhan..
Bersempena Ramadhan ini aku ingin berkongsi cerita jika Ramadha ini adalah Ramadha Terakhirku
Jika anda semua berminat untuk trut serta dalam segment ini, sila klik banner di atas :)
JIKA INI ADALAH RAMADHAN TERAKHIRKU............
Jika ini adalah RAMADHAN TERAKHIRKU, Tidak sedikit masa akan aku bazirkan tanpa menitis air mata bersujud padaMU Ya ALLAH, memohon keampunanMU Ya ALLAH. Sesungguhnya aku adlah seorang hamba yang telah melakukan khilaf. Ramadhan akan menjadi saksi jatuhnya keangkuhan seorang hamba yang selama ini terlalu asyik dek keseronokan duniawi. Ya Allah sesungguhnya setiap saat bersamaMU adalah saat yang tidak akan aku lupai sepanjang hayat aku di dunia. Aku bersujud padaMU Ya ALLAH kerana sesungguhnya aku telah jauh dariMU, dengan sedikit masa yang ada aku mohon bimbingan dariMU Ya ALLAH. Sesungguhnya engkau tuhan yang MAHA ESA.
Jika ini adalah RAMADHAN TERAKHIRKU, tidak aku melepaskan peluang sepanjang RAMADHAN ini untuk aku peruntukkan bersama mereka yang tersayang, IBU, AYAH, KELUARGAKU kerana aku tahu selepas ini kita tidak akan bersua lagi hingga kedengaran tiupan sengkakala. Aku gagal sebagai seorang anak kerana aku tidak mampu menjaga hati orang mereka. Aku telah menyakiti mereka yang amat aku sayangi. Sesungguhnya aku amat menyesal dan dalam waktu yang singkat ini aku akan tebus segala kesalahan. Walau sedetik, tidak akan aku sia-siakan kerana sesungguhnya kasihmu ibu hingga ke syurga dan aku mahu mereka selamat di sana kerana aku anak yang solehah, kerana ku anak yang berjaya di didik.
Wahai saudara-saudara seagamaku, jika ini adalah RAMADHAN TERAKHIRKU, aku ingin sekali memohon kemaafan jika selama kehidupan dan perkenalan kita telah memberi kepahitan berbanding kemanisan. Tidak sedikit terlintas di benak ini mengores hati sesiapa, kerana aku seorang manusia biasa yang tidak bisa lari dari kekhilafan. Detik bersama kalian adlah memori terindah. Tidak jua terlintas di hati ini ingin menjadikan kalian saudaraku semua sebagai musuh. Aku benci melihat diri ini kerana aku telah merosakkan memori indah aku bersama kalian. Waktu yang ada ini akan aku peruntukkan membina semula segala memori indah dan memperbaiki hubungan kita sesama saudara. Dari kalian amat aku mohon berjuta kemaafan bagi memudahkan perjalanan di sana.
Jika diberi perluang hingga ke hujung RAMADHAN, insyallah segala kelemahan dari diri ini akan aku perbaiki. Membina semula dan memelihara hubungan samada dengan Allah, Keluarga, Saudara seagamaku kerana ini adalah kesempatan aku di dunia. Tiada lagi kehidupan selepas ini yang ada cuma SYURGA dan NERAKA. Jika diizinkan bertemu kita di akhirat kelak.
p/s :: tiada kata mampu mangambarkan hati ini, hnya tuhan saja yang tahu
18 comments:
semoga ini bukan rhamadan terakhir buat kita semua :D
nice post..
@amranaiman
ajal tidak mengenal masa..insyallah jika masih diberi peluang kesempatan :)
@Radi's Share
thanks ye :)
Assalamualaikum,
sister, Alhamdulillah atas perkongsian ini..
sungguh manusia itu alpa, leka.. ada saja yang kurang, sesuai fitrah kita seorang hamba..
moga datangnya Ramadhan kali ini mampu melembutkan hati yang pernah keras.. melunturkan ego yang penah meninggi.. meneguhkan langkah abid yang penah longlai..
kita hanya hamba..
moga apa yang dirancang bisa dikecapi, dan semoga terus tetap pada jalanNYA..
tc!
may Allah bless.
@cik nurussalwa
wassalam..insyallah, smoga ramadhan ini akn menjadi ramdhan yg bermakna buat kita semua..aminn,,
semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna..
@ZouL
insyallah :)
nice post, mohon share di blog saya juga.. ermmmm, ramadhan terakhir ..
saya dah 3 tahun tak dapat berpuasa bersama keluarga, terutama dengan arwah abah, sebab melanjutkan pelajaran. Hmmmmm,,, 3 kali ramadhan tak dapat bersama .. Dan ramadhan kali ini pasti sepi ... hmmm, entah,
@Aiskrim Goreng
u ar pleasure,,n3 x sberapa :)
sepi xbermakna tiada pengisian :)
hargai mreka yg msih ad dan jgan dlupai mereka yg tlah tiada..doa adlah senjata yg tiada bats sempadan :)
wahh best ieeza..selamat menyambut bulan ramadan dan ishh mcm dah berubah je blog ni hmm
selamat emyambut ramadhan..entry ieeza kali ni sggh bermakna :)
nice entry.. sebak giler..
@Bro ahmad
slmat mnyambut ramadhan :)
pe yg brubh nye ??
@ReYnn
tq ye :)
@cintatulip
tq kak N :)
semoga ramadhan ini membawa seribu erti :)
@LemonSusu Skyjuice
insyallah :D
Post a Comment