test

Get This Wan Hazel Home Get This.

Thursday, September 8, 2011

Tips Peperiksaan

"ASSALAMUALAIKUM"

Setelah sekian lama bercuti dari berblogging (almaklum cuti raya). Mintak maaflah, raya ni memang tak ada kesempatan untuk online blog. Setelah sekian lama blog ini terbiar tanpa update Alhamdulillah aku telah kembali berblogging semula. Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat manusia yang beragama ISLAM. Tidak berkesempatan untuk mengucapkan EID sebelum cuti raya minggu lepas. Tak lupa juga kepada mereka yang sudah memulakn puasa 6, slelamat menjalani ibadah puasa ye. Kepada mereka yang sudah mula mengganti puasa (perempuan), selamat menjalani ibadah puasa. 

Kali ini aku cuma ingin berkongsi sedikit tips peperiksaan buat mereka yang sedang menjalani ujian,serta buat mereka yang bakal menjalani ujian atau sebarang peperiksaan. Hanya perkongsian aku sebagai seorang student. Antara tips yang boleh diguna pakai oleh kita semua ialah ::

1)Nota yang lengkap dan efektif

Memastikan nota-nota dari bentuk software sudah di printout. Ianya memudahkan lagi korang membuat catatan ringkas pada nota tersebut. Key-point pada nota tersebut boleh ditanda serta memudahkan untuk di fahami dan di hafal.

2)Baca nota sekurang-kurang 3 kali

Kali pertama hanya bacaan sekali imbas, kali kedua untuk memahami dan kali yang ketiga untuk di hafal. Apabila korang faham apa yang di baca, baru lah mudah untuk di hafal.

3)Membuat latihan
Setelah korang hafal, sila uji diri dengan membuat latihan tanpa melihat nota. Setelah itu, tanda dan semak di mana kelemahan yang perlu korang perbaiki.

4)Tawakal
Setelah berusaha jangan lupa untuk tawakal. Kita hanya merancang tetapi Allah
 yang menetukan segala-galanya. Oleh itu, jangan lupa untuk meminta dari Allah supaya dipermudahkan lagi segala urusan di atas dunia, baik di akhirat.

5)Jauhi segala yang berkaitan dengan hiburan

Antara contohnya, sila jauhi PASTE(GAME), BUKU MUKA (F&B), DIARI MAYA (BLOG), SEP2 TOM2 (TWET), dan segala berkaitan (setan besar tu ==')

6)Ulangkaji
Pastikan sebelum ujian korang dah ulangkaji segala nota dan latihan yang telah di buat bagi memperkukuhkan lagi keyakinan sendiri.

7)Sejam sebelum peperiksaan

Apa korang kena buat ialah relakskan otak. Menurut kajian, sejam sebelum ujian jika kita masih mengulangkaji akan membuat kita makin lupa. Kenapa ??, dah tentu korang asik pikir pasal nota menyebabkan stress dan panik. Ini akan mnyebabkan berlaku kekeliruan di saat-saat akhir.

8)Alatan lengkap

Pastikan segala alatan tulis korang lengkap. Jangan sampi masuk dewan peperiksaan, barulah sebok nak pinjam pen, pensil, pembaris dan lain-lain. Bukan ke dah menyusahkan diri sendiri.


p/s : gambar adalah sumber pacek gugel..hehe
         cukuplah dulu, kalau nak lagi nanti aku tambah lagi ye :D

Thanks For Reading My Entry :)

1 comments:

shah blogger said...

Ingat masa dulu2.. sy nakal . shari nk spm br kecoh nak study berbulan2 yg di abaikan hmmmmm

nice share.

Tuk adik2 belajar tul2 :)


Shoutbox