test

Get This Wan Hazel Home Get This.

Thursday, February 14, 2013

Dugaan.

Assalamualaikum WTB

Surat Al-Baqarah [2:286]


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 




Aku mulakan entry ini dengan petikan tafsiran dari surah Al-Baqarah ayat ke 286, mungkin ianya lebih ditujukan buat diri sendiri dan lebih bersifat peribadi. Kita manusia tidak pernah lari dari dugaan. Walau sehebat mana dugaan dan ujian Allah kepada kita, yakinlah kerana Allah tahu kita mampu untuk hadapinya.

Astaghfirullah, Subahanallah, Allahuakhbar mungkin kerana terlalu terkejut dengan apa yang aku hadapi hari ini. Beristighfar aku di dalam hati, supaya apa yang aku lalui hari ini tidak akan menggoyahkan IMAN aku. Ya, kerana aku ada Allah dan aku harus yakin Allah akan bantu aku untuk memilih jalan terbaik dan mampu memimpin insan kesayangan aku ke jalan yang terbaik.

Aku yakin setiap kesusahan yang aku hadapi hari ini telah tersedia balasan yang lebih baik kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. 


p/s : percaya dan yakin pada diri sendiri dan Allah sentiasa bersama mereka yang benar


Thanks For Reading My Entry :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chat Room



Shoutbox