test

Get This Wan Hazel Home Get This.

Wednesday, October 3, 2012

Surat buat Mak Abah.


Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah berpenat lelah selama 3 tahun akhirnya akak Berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh segulung diploma. Akak mintak maaf jika keputusan pelajaran akak tak begitu memuaskan. Akak banyak sangat main-main dalam belajar. Semalam akak telefon mak sebab nak ucap selamat hari lahir (3 Oct). Mintak maaf sebab akak wish lambat, akak ingat nak buat test je sampai lupa hari lahir mak, terasa berdosa sangat.Abah suruh beli kek tapi mak kata takpe la, tapi akak memang dah niat nak belikan jubah untuk mak. Insyallah mak, akak akan usahakan juga. Mak kata abah jadi datang tengok akak convo, akak ingat abah tak dapat datang, sedihnya Allah je yang tahu. Apa yang buat akak lagi sedih, mak kata abah sakit pinggang, Ya Allah kesian abah sampai ke hari ini bekerja berpenat lelah nak sekolahkan aku.

Mak, abah akak memang takde apa-apa nak di hadiahkan buat mak dengan abah, Cuma akak mampu memberi kejayaan dalam pelajaran sebagai hadiah akak pada mak dan abah di dunia ini. Akak usaha apa yang termampu. Ilmu akak di dalam pelajaran ini cuma pinjaman sedikit ilmu Allah kepada hambanya sebagai panduan kehidupan dunia. Jika kita tak menggunakan nikmat dunia, bermakna kita orang yang kufur nikmat. 

Insyallah akak akan berusaha untuk memperolehi kejayaan dunia. Akak tahu, apa lah sangat kejayaan dunia jika dibandingkan akhirat. Akak tahu, akak banyak dosa pada Allah, pada mak dengan abah. Akak cuba sedaya upaya untuk memprbaiki diri yang serba hina ini. Mak abah tahu tak, along penah cakap, dalam ramai adik-adik, dia paling risau dengan akak sebab akak ni lain sikit. Ye, akak dulu keras hati. Walaupun begitu, Alhamdulillah akak yang paling cepat berubah.

Akak berubah sebab mak dengan abah, akak banyak dosa dengan mak abah. Akak nak jadi anak yang solehah. Mak penah cakap “dalam satu tandan pisang, tak semua akan masak sempurna kerana akan ada satu buah yang rosak”. Secara jujurnya, akak selalu anggap buah yang rosak itu adalah akak. Bila akak bandingkan diri akak dengan orang lain, terasa rendah sangat dan terasa diri ini kerdil sangat. Akak rasa malu dengan diri sendiri, malu dengan semua orang. Akak cuba baiki diri sedikit demi sedikit.  
 
Mak abah tahu, berubah kepada kebaikan tak mudah. Pertama kali akak memakai tudung labuh, kawan akak cakap “dia tu kenapa tiba-tiba pakai tudung labuh?, dia ada buat apa-apa ke?”. Sedih sangat mak, akak tak pernah cakap dengan sapa-sapa, dan bukan sekali tapi banyak kali akak terima komen-komen negatif. Hina ke kita sebab kita nak berubah ??. Akak kuat kerana, akak anggap itu semua ujian Allah untuk uji tahap kesabaran dan keimanan hambanya. 

Alhamdulillah Allah itu maha adil, walaupun ada orang yang pandang remeh pada perubahan kita, Dia tetap hadirkan mereka yang sangat memberi sokongan dan banyak mengajar akak tentang Islam. Insyallah, akak akan cuba sedaya upaya untuk menjadi muslimah yang sejati dan satu hari nanti yang akan memberi kejayaan akhirat kepada mak dengan abah kerana berjaya melahirkan seorang anak yang solehah. Akak tahu mak dengan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk anakmu ini :)

Sekian dari insan yang sedang mencari Islam...
Thanks For Reading My Entry :)


Shoutbox