test

Get This Wan Hazel Home Get This.

Saturday, February 11, 2012

Perubahan ??

Assalamualaikum

"MANUSIA BERUBAH"


Manusia berubah adalah ucapan yang acap kali kita dengari dan sememangnya manusia pasti akan berubah. Hanya yang tidak kita ketahui ialah ke arah mana perubahan yang kita lakukan. Samada ke arah positif atau negatif ???.
Perubahan sememangnya harus mengikut perkembangan zaman, tetapi perubahan kepada zaman yang lebih moden bukan bererti melakukan perubahan dalam syariat beragama !! kerana itu Al-Quran adalah kitab yang menjadi panduan manusia hingga akhir zaman.
Adakah dengan mengamalkan syariat Islam kita digelar manusia kolot ?? atau ketinggalan zaman ??
Jika sememangnya itu yang berada di fikiran kita, maka seharusnya bersimpatilah terhadap diri sendiri, kerana itu sudah cukup untuk membuktikan bertapa kita masih jauh dengan Islam itu sendiri.
Tidak salah untuk menikmati perubahan zaman, kufur nikmat jika kita mensia-siakan nikmat yang Allah beri.
Tetapi tidak seharusnya agama dan syariat yang kita amalkan selama hidup di dunia ditinggalkan, kufur pada agama jadinya jika terlalu memandang dunia.
Sebaiknya kedua-dua dunia dan akhirat stabil, ibaratkan dunia diletakkan di telapak tangan supaya tidak terlepas dan tidak juga terlalu dekat dengan hati. Manakala akhirat diletakkan di dalam hati supaya tidak pernah jauh meninggalkan kita.




p/s : ingatan buat diri sendiri dan semua :)

Thanks For Reading My Entry :)

4 comments:

ReYnn said...

semoga kita sentiasa dalam lindunganNya T_T sedihnyeee .. =(

[PCL] said...

berubah ke arah yg lebih baik itu sesuatu yg diharapkan, pasti ada jalannya...jgn tersasar !

Mss Ieza said...

ryn @ sudah pasti..aminn :)

Mss Ieza said...

PCL @ yap :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chat Room



Shoutbox