test

Get This Wan Hazel Home Get This.

Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan :)

Assalammualaikum..

Kepada semua pembaca yang memang sedia mengikuti perkembangan blog ieza atau dengan secara tak sengaja terbaca entry dalam blog ini, ieza cuma nak mengucapkan Salam Ramadhan. Walaupun agak terlambat sedikit dan semoga kita bersama-sama mengejar keberkatan dalam bulan Ramadhan ini. 



Ramadhan juga adalah sebaik-baik bulan kerana di dalamnya juga ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun 4 bulan. . Kita pun tak pasti berapa lama lagi usia kita untuk mencapai kebaikan 83 tahun dan 4 bulan itu. Oleh itu bersama kita rebut peluang Ramadhan kali ini kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadhan tahun hadapan.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik
, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh.
Doa Rasululullah SAW memohon keredhaan ALLAH SWT..
"Allahumma nas a'luka ridho wal jannah wa na u' zhubika min sho ko wan narr.."

RAMADHAN ADALAH BULAN YANG PENUH DENGAN RAHMAT DAN KEAMPUNAN.
AMAT CELAKA BAGI SESIAPA YANG MENEMUI BULAN INI DAN BERPELUANG UNTUK MASUK KEDALAMNYA,

DAN APA BILA KELUAR NANTI, TIDAK MENDAPAT KEBERKATAN DAN PENGAMPUNAN.


DIANTARA TANDA-TANDA ORANG YANG TIDAK MENDAPAT KEBERKATAN RAMADHAN IALAH:

*DIA TIDAK SABAR-SABAR UNTUK INGIN KELUAR DARI BULAN YG PENUH BERKAT INI.

*DAN AMAT BERGEMBIRA APA BILA MENYAMBUT HARI RAYA, UMPAMA TERLEPAS DARI SATU BEBAN YANG SANGAT BERAT.

P/s : Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan yang memperoleh keberkatan. Aminn :)
         Bersama kita memperbaiki amalan kita, juga pesanan buat penulis sendiri  >.<

Thanks For Reading My Entry :)

6 comments:

CeritaSekupang said...

mudah-mudahan kita tidak tergolong dari golongan yang tidak mendapat keberkataan menyambut bulan ramadan...

Anonymous said...

slamat menyambut bulan ramadhan jg. salam kenal. singgah follow sini

Shiqin Sunshine said...

amboii lama naaa tak hupdate..=p hehe, selamat menyambut ramadhan ke-18 =)

alepridz said...

selamat berpuasa... :P

suffer8zine said...

salam ramadan juga ieza

Mss Ieza said...

@cs..inyallah :)

@kak budu,, hehe maseh :D

@bl, org bz mmg gitu >.<

@alep, selamat berpuasa jugak :)

@am, salam ramadhan al-mubarak :)


Shoutbox